Selasa, 23 November 2010

FB & Mark Zuckerberg

Sebelum ini telah pun di bincangkan tentang Dosa2 dan FB di
http://suraujauharulmuttaqin.blogspot.com/p/terbitan.html


Hanya baru sekarang:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm utusan malaysia mahu bercakap mengenainya.

Untuk pengetahuan MZ (Mark Zuckerberg) telah ada rekod pecah amanah,
http://www.fauzisabri.com/2009/07/siapakah-pengasas-facebook.html, yang terbaru http://berita-harian-online.com/pengasas-facebook-didakwa-godam-e-mel/ .Jadi adakah anda fikir kandungan email anda yang lain seperti ayam@yahoo.com atau itik@hotmail.com atau angsa@gmail.com selamat? Setelah anda 'add' untuk kononnya trace rakan-rakan lama atau mungkin sejarah masa 'muda'. Saya berani kata TIDAK selamat sama sekali dan ayam atau itik atau angsa diatas hanya menanti masa untuk disembelih. Saya berkata demikian kerana saya ada pengetahuan berkaitan lapangan ini. Anda ada simpan apa-apa di email anda?. surat rahsia? quotation harga? password bank? alamat rumah? tarikh lahir? Anda fikirkan sendiri tentang apa yang boleh dilakukan dengan maklumat tersebut.


Walaupun cerita mengenai keusahawanan mungkn menarik untuk didengar http://rojakstory.blogspot.com/2009/09/cerita-tentang-pengasas-facebook.html.

Tapi nak buat macam mana.... Perniagaan memang macam tu. selagi ada permintaan selagi itula adanya bekalan... macam selagi ada orang nak minum coca-cola selagi itulah coca-cola dijual, selagi ada orang merokok selagi itu juga la rokok dijual, Selagi ada orang mahu minum arak selagi itulah arak dijual.

Tepuk dada tanya Iman.

/Mohamad Nansah Bin Maliki

Selasa, 26 Oktober 2010

Jujur Kata...

Jika kita kata ya
Tanpa ragu atau letih
Kita tingkat inti daya
Tanpa lesu juga sedih
Diri kita akan jaya.....

Jika kita kata tidak
Sebab malu atau bongkak
Kita tambah daya palsu pada diri tidak boleh
Pasti saja kita kalah....

Kita perlu berkata ya
Memang jika ingin jaya
Berkata tak
Jika kita memang rasa akan kalah
Untuk teguh peruh kukuh

Kita wajar jadi insan
Penuh sabar dan berkesan
Tiap kata penuh makna
Dan suara bermaruah
Baru langkah penuh gagah.

"Jujur Kata": Isa Md. Said

Selasa, 12 Oktober 2010

CERAMAH AGAMA BERTAJUK "HIDUP INDAH BERPANDUKAN AL-QURAN"

Ahli kariah,
Tuan/puan/Tuan Haji/Puan Hajjah/
Penduduk Islam Zon Bakti/kawasan sekitarnya

Semoga tuan puan sentiasa berada di dalam kandungan sihat walhafiat dan mendapat keredhaanNya.

Tuan/puan,

PER : CERAMAH AGAMA BERTAJUK "HIDUP INDAH BERPANDUKAN AL-QURAN"
Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara diatas.

2.   Sukacitanya pihak Pengurusan Surau Jauharul Muttaqin (SJM) dengan kerjasama
Pelajar Sosiologi Fakulti Pendidikan UTM akan mengadakan program tersebut sebagaimana
ketetapan berikut :

Nama Program : Tazkirah dan ceramah agama
Tarikh               : 15hb Oktober 2010 (Jumaat)
Masa                 : bermula selepas solat maghrib
Tempat             : Surau Jauharul Muttaqin (SJM)

Penceramah     : Al Fadhil Prof. Madya Aminuddin Bin Ruskam A-Dawamy (UTM)

Objektif Program :
i. Memberikan kefahaman dan pendedahan tentang erti sebenar kesyumulan Islam kpd agen perubahan masyarakat
ii. Menerapkan kefahaman yg jitu mengenai kesyumulan Islam dalam konteks sosial  terutama kepada golongan
remaja dalam berhadapan dengan masalah gejala sosial dsbg.
iii . Melahirkan masyarakat yg menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dalam kehidupan
iv. Mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat di Presint Bakti, Taman Mutiara Rini

Tentatif Program :
7.00 mlm : Solat Maghrib berjemaah
7.30 mlm : Tazkirah
8.10 mlm : Solat Isyak
8.40 mlm : Ceramah agama bermula
10.30 mlm : sesi soal jawab
10.50 mlm : majlis penutup
11.00 mlm : Jamuan ringan dan bersurai

3.    Diharap dengan kehadiran tuan puan ke program tersebut dapat memeriahkan lagi serta dapat mengambil sedikit
manfaat dari pengisian program ilmu tersebut.

Sekian terima kasih

SAHARNAKA BIN YASMAIN
Setiausaha SJM

12.10.2010@8.02 am-Selasa

Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H, 
Bermula Selepas isya' nanti insyaallah Solat tarawikh kariah kita akan dipimpin oleh Ustaz Syukur.
Ustaz syukur yang kita jemput akan memimpin solat sunat tarawikh adalah seorang Hafiz Alquran dan insyaallah beliau akan membawakan ayat-ayat suci alquran bermula dari Al-fatihah,Al bakarah sehinggalah surah An-nas disepanjang ramadhan ini sewaktu solat tarawikh.

Rabu, 28 Julai 2010

Selasa, 27 Julai 2010

Selasa, 20 Julai 2010

Menarik...laBtop ke laPtop?

Ramai orang tahu menyebut "labtop" atau "notebook" atau "komputer riba".
Tetapi tahukan anda dari segi ejaan bahasa Inggeris, "Labtop" atau "Laptop" mana satu yang betul?


jawapan:

LAPTOP

kenapa?: LAP bermaksud bahagian anggota dari lutut ke pinggang. Komputer pada awalnya macam Desktop agak besar. jadi bila sudah boleh buat komputer bersaiz lebih kecil dan boleh digunakan dengan meletakkannya atas riba.. makanya dipanggil LAPTOP!.

ingat.. laptop dan bukanyan labtop.

Isnin, 19 Julai 2010

Hubungan Nabi Muhammad S.A.W dengan Nabi Ibrahim A.S



Muat turun gambar

25 Rasul yang WAJIB diketahui

aka (As Known As)

Adam
Idris
Nuh aka Noah
Hud
Salleh
Ibrahim aka Abraham (kalau tidak silap)
Luth
Ismail
Ishaq aka Issacs
Yaakob aka Jacob
Yusuf
Ayub
Syuib
Musa aka Moses
Harun
Zulkifli
Daud aka David
Sulaiman aka Solomon
Illias
Iliasak
Yunus
Zakaria
Yahya aka John (kalau tidak silap)
Isa aka Jesus
Muhammad

Rabu, 14 Julai 2010

Internet Browser compatibility

Tuan - puan
Buat masa ini website ini hanya support Mozilla Firefox sebagai internet Browser. Jika guna browser lain mungkin tak serasi. Ada setengah-setengah features mungkn hilang atau tak berfungsi.
Keadaan ini akan diperbaiki jika saya ada masa kelak untuk memperbaiki supaya cross browser compatible
Program Terdekat sekitar Bakti Mutiara Rini.

-17/07/2010-Hari terbuka sekolah keb.taman mutiara rini 2.(ada pameran,jualan amal pibg)
hari sabtu,jam 8.00pagi-12.00 tengahari.
-22/7/2010-Mesyuarat ajk surau sjm-jam 9.00 mlm.
-25/07/2010-Ceramah kelebihan nifsu Syaaban oleh Ustaz Hj Hanafiah Razak-selepas solat isyak.
-26/07/2010-Bacaan yassin dan doa semperna Nifsu Syaaban oleh Imam Mohamad-bermula
magrib hingga Isyak..Insyallah di ikuti Solat Tasbih.
-30/07/2010-Tahlil perdana-pimpinan Imam Muhamad selepas solat isyak.

Isnin, 12 Julai 2010

Selamat datang kepada pengarang-pengarang

FYI.... saudara saharnaka telahpun mendaftar sebagai barisan pengarang untuk blog ini.
sedang menunggu barisan pengarang yang lain. Jemputan telahpun diberikan... sila ikut arahan yang telah dinyatakan.

Traffik website SJM

Assalamualaikum. wbt..
Setakat ke hari ini (12/7/2010) dari pelancaran pertama (Rabu; 7/7/2010) website ini telah menerima kunjungan lebih daripada 218 pengunjung. Namun demikian hanya 36 pengunjung unik sahaja telah melawati website ini sepanjang tempoh kurang seminggu menjadikan purata pengunjung unik 6 pengunjung unik sehari. Daripada laporan hanya 13 penyunjung yang sama kembali kepada website ini. Boleh dikatakan perkembangan yang baik untuk peringkat awalan. Diharapkan statik jajaran ini akan terus berkembang untuk menjadikan website ini salah satu 'stop pit' bagi warga kariah Presint Bakti Mutiara Rini.

Sekian,
Mohamad Nansah Bin Maliki.
Admin website Surau Jauharul Muttaqin.



Ahad, 11 Julai 2010

Program Tahlil Perdana Peringkat Zon Bakti Mutiara Rini

Tarikh : 30 Julai 2010
Waktu: Selepas Isyak 9.00 malam

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

En. Jailani : 012-2766195
En. Saharnaka 019-7420276

Pindahturun Borang Penyertaan

Rabu, 7 Julai 2010

Gambar AJK pengurusan

Minta cadangan supaya semua AJK pengurusan meletakan gambar di website supaya lebih mudah untuk dikenali.

SILA LETAKKAN KOMEN ANDA DIBAWAH.