Cabaran kali ini akan menguji 'endurance' peserta. Dimana jarah sejauh lebih 50km didalam cuaca hujan sepanjang jalan. Hanya tiga peserta kali ini berani menyahut cabaran ini, iaitu; Nansah, Hj. Azmi dan Hamdan. Ahli-ahli kariah yang lain iaitu Hj Selamat outstation ke KL. Mengikut perancangan asal akan pergi ke PTP pada sabtu malam selepas isya' tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Jadi semua bersetuju untuk menyahut cabaran pada esok pagi ahad pukul 7.30 pagi. Cuaca pada pagi itu juga tidak mengizinkan dan seterusnya tangguh sehingga hujan sedikit reda sekitar jam 8.30 pagi. 8.30 pagi bertolak dari Balai Polis Mutiara Rini kemudian sampai terus di Tg. Pelepas sekitar jam 10.00 pagi tanpa berhenti.
Bertolak kembali 10.30 pagi dan sampai balik ke Balai Polis Mutiara Rini pukul 12.00tgh.
Bertolak kembali 10.30 pagi dan sampai balik ke Balai Polis Mutiara Rini pukul 12.00tgh.
View Berbasikal ke Tanjung Pelepas in a larger map