Sabtu, 8 Januari 2011

Berbasikal Ke Pendas

Pada Sabtu malam 8 Januari 2011, Ahli Kariah SJM mengadakan aktiviti berbasikal ke Pendas selepas Isyak' lebih kurang pukul 9.45 malam. Seramai 9 anggota berbasikal berkumpul di Balai Polis Mutiara Rini sebagai tempat bermula. Anggota SJM adalah terdiri daripada 5 orang iaitu; Nansah, Hj. Azmi, Hj. Selamat, Hj. Latiff dan Hamdan.Anggota yang lain adalah kenalan-kenalan kariah yang lain antarannya Ezam, Abdul, Zulhalim dan Omar, daripada Taman Universiti, Taman Pulai Indah, Taman Perling dan Taman Tun Aminah. Acara berbasikal ini melalui laluan yang telah ditetapkan iaitu sejauh lebih 55km perjalanan dua hala bermula Mutiara Rini--Lima Kedai--Gelang Patah--Pendas kemudian berpatah balik Pendas--Gelang Patah--Lima Kedai--Mutiara Rini. Antara cabarannya adalah melalui jalan yang berbukit-bukit, laluan perkampungan dan hutan kecil.

Rasullah SAW amat menggalakkan umatnya melakukan aktivi-aktiviti lasak seperti memanah dan menunggang kuda. Atas dasarnya ini kami memilih basikal kerana agak sukar mendapatkan kuda pada zaman ini. Bahkan pada pandangan kami itu sudah memadai dari segi kos. Anggota-anggota berbasikal ini boleh dikatakan 'versatile' kerana ia terdiri daripada pelbagai lapangan hidup dan kerjaya iaitu pakar Perisian, Usahawan, Arkitek Bangunan dan Jurukur bertauliah, pakar teknikal Telekom, Penyelia asrama, Pesara, Imam dan Bilal Surau dan pelajar UTM. 



View Berbasikal ke Pendas in a larger map











 Sampai di Pendas lebih kurang pukul jam 11.30 malam. Dari kiri: Hj. Azmi, Nansah, Hj. Selamat, Abdul, Ezam, Hamdan. Belakang kamera: Zulhalim, Syed Omar, Hj Latiff

 Melalui jalan pintas, hutan kecil lebih kurang jam 12.30 malam





 Sampai Di rumah jam 3.00 pagi (nansah)

Insya Allah mungkin selepas ini, kami merancang untuk ke laluan-laluan lain antaranya ke Tanjung Piai (~70km) dan Batu Pahat (~110km). Macam mana Haji? Boleh tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan