Selasa, 11 Oktober 2011

Istak... membawa kekeliruan

Mengapa meniru sebegini bukankah lebih menimbulkan kekeliruan? Bukankan lebih bagus buat 'packaging' yang lebih ada 'distinction' http://www.istak.com.my/


Teringat suatu ketika dahulu ada dijual gula-gula getah dalam bentuk 'rokok'. Kemudian Kerajaan Haramkan.. Kerana Takut pengaruhi kanak-kanak tapi... bila di fikir-fikir apa bezanya gula-gula getah rokok dengan istak?

Rabu, 10 Ogos 2011

Selasa, 29 Mac 2011

Selasa, 15 Februari 2011

Ceramah Ustaz Rifqi pada selepas isya' 14/2/2011

Antara isi kandugan ceramah berkenaan sirah Rasullah dan antara buku yang dicadangkan oleh ustaz Rifqi adalah: Biografi MUHAMAD BIN ABDULLAH Perjalanan Hidup Seorang Nabi http://nushair.blogspot.com/p/publications.html Cerita yang disampaikan dalam bentuk novel dan mudah di fahami kerana menggunakan bahasa Melayu Kotemporari.Saya sudah lama beli (awal tahu lepas). Tuan-tuan boleh beli juga kerana saya sendiri sudah lama baca.

Ahad, 30 Januari 2011

Cabaran ke Tanjung Pelepas

Cabaran kali ini akan menguji 'endurance' peserta. Dimana jarah sejauh lebih 50km didalam cuaca hujan sepanjang jalan. Hanya tiga peserta kali ini berani menyahut cabaran ini, iaitu; Nansah, Hj. Azmi dan Hamdan. Ahli-ahli kariah yang lain iaitu Hj Selamat outstation ke KL. Mengikut perancangan asal akan pergi ke PTP pada sabtu malam selepas isya' tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan. Jadi semua bersetuju untuk menyahut cabaran pada esok pagi ahad pukul 7.30 pagi. Cuaca pada pagi itu juga tidak mengizinkan dan seterusnya tangguh sehingga hujan sedikit reda sekitar jam 8.30 pagi. 8.30 pagi bertolak dari Balai Polis Mutiara Rini kemudian sampai terus di Tg. Pelepas sekitar jam 10.00 pagi tanpa berhenti.

Bertolak kembali 10.30 pagi dan sampai balik ke Balai Polis Mutiara Rini pukul 12.00tgh.


View Berbasikal ke Tanjung Pelepas in a larger map






Ahad, 23 Januari 2011

Route 22/1/2011

Aktiviti berbasikal kali ini disertai anggota baru iaitu Azman Teguh Era, Hj Zulkiflie dan kenalan kepada Abdul. Tempat berkumpul mula adalah di Balai Polis Mutiara Rini. Bilangan anggota seramai 11 orang. Perjalanan kali ini adalah kurang 40km jaraknya. Mula bertolak lebih kurang pukul 10.10 lebih malam kerana menunggu berapa ahli yang belum sampai. Perjalanan bermula di Balai Polis Mutiara Rini - Lima Kedai - Persimpangan Gelang Patah - Puteri Habour - Persimpangan Gelang Patah- Lima Kedai - Mutiara Rini.

View route 22/1/2011 in a larger map


wakil veteren: Hj. Latif maintaince bertenaga

Ahli baru: Azman Teguh Era

Ahli Baru: Hj Zulkifle

Hamdan: Bagus!

Mana Azman Teguh Era?????


Ahad, 16 Januari 2011

Route 15/1/2011

Anggota: Nansah, Hj Selamat, Hj Azmi, Ezam & Rosmidi

View route 15/1/2011 in a larger map

Sabtu, 8 Januari 2011

Berbasikal Ke Pendas

Pada Sabtu malam 8 Januari 2011, Ahli Kariah SJM mengadakan aktiviti berbasikal ke Pendas selepas Isyak' lebih kurang pukul 9.45 malam. Seramai 9 anggota berbasikal berkumpul di Balai Polis Mutiara Rini sebagai tempat bermula. Anggota SJM adalah terdiri daripada 5 orang iaitu; Nansah, Hj. Azmi, Hj. Selamat, Hj. Latiff dan Hamdan.Anggota yang lain adalah kenalan-kenalan kariah yang lain antarannya Ezam, Abdul, Zulhalim dan Omar, daripada Taman Universiti, Taman Pulai Indah, Taman Perling dan Taman Tun Aminah. Acara berbasikal ini melalui laluan yang telah ditetapkan iaitu sejauh lebih 55km perjalanan dua hala bermula Mutiara Rini--Lima Kedai--Gelang Patah--Pendas kemudian berpatah balik Pendas--Gelang Patah--Lima Kedai--Mutiara Rini. Antara cabarannya adalah melalui jalan yang berbukit-bukit, laluan perkampungan dan hutan kecil.

Rasullah SAW amat menggalakkan umatnya melakukan aktivi-aktiviti lasak seperti memanah dan menunggang kuda. Atas dasarnya ini kami memilih basikal kerana agak sukar mendapatkan kuda pada zaman ini. Bahkan pada pandangan kami itu sudah memadai dari segi kos. Anggota-anggota berbasikal ini boleh dikatakan 'versatile' kerana ia terdiri daripada pelbagai lapangan hidup dan kerjaya iaitu pakar Perisian, Usahawan, Arkitek Bangunan dan Jurukur bertauliah, pakar teknikal Telekom, Penyelia asrama, Pesara, Imam dan Bilal Surau dan pelajar UTM. 



View Berbasikal ke Pendas in a larger map











 Sampai di Pendas lebih kurang pukul jam 11.30 malam. Dari kiri: Hj. Azmi, Nansah, Hj. Selamat, Abdul, Ezam, Hamdan. Belakang kamera: Zulhalim, Syed Omar, Hj Latiff

 Melalui jalan pintas, hutan kecil lebih kurang jam 12.30 malam





 Sampai Di rumah jam 3.00 pagi (nansah)

Insya Allah mungkin selepas ini, kami merancang untuk ke laluan-laluan lain antaranya ke Tanjung Piai (~70km) dan Batu Pahat (~110km). Macam mana Haji? Boleh tak?

Ahad, 2 Januari 2011

Mengapa AMBANK suka anjur konsert AMBANG tahun baru???

Jika di lihatkan hampir tiap-tiap tahun AMBANK menganjurkan konsert tahun baru? Apa natijahnya?
Jika setiap keuntungan bank itu digunakan untuk acara seperti itu?

Jika mahu tahu, bank tidak pernah guna duit sendiri untuk membuat sesuatu perkara. Bank hanya menggunakan duit orang lain (OPM -other people money) untuk membuat sesuatu perkara. Iaitu duit anda sendiri. Duit yang anda susah-susah simpan di bank.

Jadi persoalannya mengapa anda begitu redha jika duit anda bank gunakan untuk parti-parti seperti itu?? Parti-parti seumpanyanya yang mana mengikut kajian, natijahnya nanti pada kurang 9 bulan kemudiannya bakal melahirkan generasi-generasi bejat yang bakal memenuhkan pusat jagaan bayi tanpa bapa?

Ataupun penuh di dada-dada akhbar bayi malang dibuang di mana-mana? di tong sampah, di sungai atau di longkang? atau paling sadis bayi-bayi dimakan anjing liar akibat dibuang?

Apa peranan anda??

Ingatlah jika anda berfikir tidak 'significant' peranan anda dalam mengatasi masalah ini, tetapi ketahuilah bahawa, jika segayung air di lautan anda ceduk, walaupun air di lautan itu anda tidak nampak berkurang tetapi pada hakikatnya ia tetap berkurang segayung air! Jika kita ramai-ramai mengambil peranan, umpama seikat buku penyapu lidi, tidak mudah patah bahkan 'si lalat' atau 'si nyamuk' yang duduk di kerusi-kerusi CEO nun... pasti takut dan sedar akan tindakan maksiat mereka. (saya percaya anda kenal siapa CEO AMBANK).