Selasa, 12 Oktober 2010

CERAMAH AGAMA BERTAJUK "HIDUP INDAH BERPANDUKAN AL-QURAN"

Ahli kariah,
Tuan/puan/Tuan Haji/Puan Hajjah/
Penduduk Islam Zon Bakti/kawasan sekitarnya

Semoga tuan puan sentiasa berada di dalam kandungan sihat walhafiat dan mendapat keredhaanNya.

Tuan/puan,

PER : CERAMAH AGAMA BERTAJUK "HIDUP INDAH BERPANDUKAN AL-QURAN"
Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara diatas.

2.   Sukacitanya pihak Pengurusan Surau Jauharul Muttaqin (SJM) dengan kerjasama
Pelajar Sosiologi Fakulti Pendidikan UTM akan mengadakan program tersebut sebagaimana
ketetapan berikut :

Nama Program : Tazkirah dan ceramah agama
Tarikh               : 15hb Oktober 2010 (Jumaat)
Masa                 : bermula selepas solat maghrib
Tempat             : Surau Jauharul Muttaqin (SJM)

Penceramah     : Al Fadhil Prof. Madya Aminuddin Bin Ruskam A-Dawamy (UTM)

Objektif Program :
i. Memberikan kefahaman dan pendedahan tentang erti sebenar kesyumulan Islam kpd agen perubahan masyarakat
ii. Menerapkan kefahaman yg jitu mengenai kesyumulan Islam dalam konteks sosial  terutama kepada golongan
remaja dalam berhadapan dengan masalah gejala sosial dsbg.
iii . Melahirkan masyarakat yg menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dalam kehidupan
iv. Mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat di Presint Bakti, Taman Mutiara Rini

Tentatif Program :
7.00 mlm : Solat Maghrib berjemaah
7.30 mlm : Tazkirah
8.10 mlm : Solat Isyak
8.40 mlm : Ceramah agama bermula
10.30 mlm : sesi soal jawab
10.50 mlm : majlis penutup
11.00 mlm : Jamuan ringan dan bersurai

3.    Diharap dengan kehadiran tuan puan ke program tersebut dapat memeriahkan lagi serta dapat mengambil sedikit
manfaat dari pengisian program ilmu tersebut.

Sekian terima kasih

SAHARNAKA BIN YASMAIN
Setiausaha SJM

12.10.2010@8.02 am-Selasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan