Jika di lihatkan hampir tiap-tiap tahun AMBANK menganjurkan konsert tahun baru? Apa natijahnya?
Jika setiap keuntungan bank itu digunakan untuk acara seperti itu?
Jika mahu tahu, bank tidak pernah guna duit sendiri untuk membuat sesuatu perkara. Bank hanya menggunakan duit orang lain (OPM -other people money) untuk membuat sesuatu perkara. Iaitu duit anda sendiri. Duit yang anda susah-susah simpan di bank.
Jadi persoalannya mengapa anda begitu redha jika duit anda bank gunakan untuk parti-parti seperti itu?? Parti-parti seumpanyanya yang mana mengikut kajian, natijahnya nanti pada kurang 9 bulan kemudiannya bakal melahirkan generasi-generasi bejat yang bakal memenuhkan pusat jagaan bayi tanpa bapa?
Ataupun penuh di dada-dada akhbar bayi malang dibuang di mana-mana? di tong sampah, di sungai atau di longkang? atau paling sadis bayi-bayi dimakan anjing liar akibat dibuang?
Apa peranan anda??
Ingatlah jika anda berfikir tidak 'significant' peranan anda dalam mengatasi masalah ini, tetapi ketahuilah bahawa, jika segayung air di lautan anda ceduk, walaupun air di lautan itu anda tidak nampak berkurang tetapi pada hakikatnya ia tetap berkurang segayung air! Jika kita ramai-ramai mengambil peranan, umpama seikat buku penyapu lidi, tidak mudah patah bahkan 'si lalat' atau 'si nyamuk' yang duduk di kerusi-kerusi CEO nun... pasti takut dan sedar akan tindakan maksiat mereka. (saya percaya anda kenal siapa CEO AMBANK).
AMBANK membuat sambutan tahun baru adalah bersempena nama AMBANG adalah selari dengan AMBANK, AMBANG=AMBANK.
BalasPadam